Posts

Showing posts from September, 2026

Me and Walid

Image

Kelahiran Ammar Yasir 23 September 2026.

Image
Aku ingat lagi ketika aku melahirkan anakku pada tahun 2016 dahulu. 11 tahun penantian akhirnya Allah kurniakan Ammar Yasir tanpa campur tangan iui, IVF dan lain-lain kaedah. Aku di masukkan ke Hospital Serdang kerana darah tinggi takut membahayakan nyawa ibu dan anak. Aku diberi suntikan matang pada umur kandungan 34 minggu. Doktor menyarankan kaedah pembedahan atau C seksyen untuk mengurangkan risiko.  Aku disuntik ubat di belakang tulang belakangku. Hanya selawat dan zikir untuk melupakan kesakitan jika ada pon yang bermain dibibirku sebelum penbedahan.  Ketika pembedahan aku di baringkan di katil yang ukurannya sangat kecil sepanjang dan selebar saiz muat-muat seorang manusia sahaja, tiada lebihan inci. Di sebelah atas kepalaku ada nurse india yang menjaga oksigen dan ubat pelali kalau tidak silap aku. 2 orang doktor dan di bantu seorang nurse memulakan proses pembedahan. Aku merasa perutku digores tetapi tiada kesakitan hanya kebas. Tiba tiba terdengar suara c...