Kelahiran Ammar Yasir 23 September 2026.

Aku ingat lagi ketika aku melahirkan anakku pada tahun 2016 dahulu.

11 tahun penantian akhirnya Allah kurniakan Ammar Yasir tanpa campur tangan iui, IVF dan lain-lain kaedah.

Aku di masukkan ke Hospital Serdang kerana darah tinggi takut membahayakan nyawa ibu dan anak. Aku diberi suntikan matang pada umur kandungan 34 minggu. Doktor menyarankan kaedah pembedahan atau C seksyen untuk mengurangkan risiko. 

Aku disuntik ubat di belakang tulang belakangku. Hanya selawat dan zikir untuk melupakan kesakitan jika ada pon yang bermain dibibirku sebelum penbedahan. 

Ketika pembedahan aku di baringkan di katil yang ukurannya sangat kecil sepanjang dan selebar saiz muat-muat seorang manusia sahaja, tiada lebihan inci. Di sebelah atas kepalaku ada nurse india yang menjaga oksigen dan ubat pelali kalau tidak silap aku. 2 orang doktor dan di bantu seorang nurse memulakan proses pembedahan.

Aku merasa perutku digores tetapi tiada kesakitan hanya kebas. Tiba tiba terdengar suara cemas doktor yang mengesan fibroid ketika itu. 

"call doc pakar (ketua) bagitahu keadaan patient ada 2 fibroid. Samada nak buang terus atau bagaimana." arah seorang doktor lelaki kepada seorang lagi doktor yang sama-sama di bilik operation. 

Aku hanya memfokuskan keadaan diriku antara separuh sedar. Tiba-tiba aku terasa seperti kepala dikeluarkan dari belahan perutku. Tak lama kedengaran satu tangisan halus. Seperti di sambut oleh nurse dan dibersihkan kemudian dibawa kepada aku dan diunjukkan di sebelah pipiku. 

Masyaallah, bermata sepet terkelip-kelip seakan tahu aku berada disebelahnya. Telinganya seperti memasang dengar apa yang akan kuperkatakan. Kulitnya putih bersih dan bertubuh kecil sangat 1.9kg. 

Sebagai ibu aku berasa jatuh cinta apabila melihat anakku buat pertama kali. Mengalir seluruh kasih sayangku buat anugerah Allah yang tidak terhingga. Alhamdulillah. 

Berkenaan fibroid doktor mengikut arahan supaya menangguhkan urusan mengeluarkannya. 

Begitulah kisah penantian kami. Apa yang aku dapati dari kelahiran anakku ini ialah apabila telah sampai masanya pastilah Allah akan memberi rezekinya begitu juga anak. Hanya kita sebagai manusia berbaik sangkal lah dengan Allah dan sentiasa tidak putus harap. 




Comments